Langkah Menyuburkan Kesedaran Sivik dalam Kalangan Remaja.

Mengikut kamus Tribahasa Oxford Fajar, maksud sivik ialah ilmu tatarakyat. Kesedaran sivik bermaksud rasa tanggungjawab yang lahir secara ikhlas dalam menjaga kepentingan awam demi kebaikan bersama. Memetik kata-kata Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapan beliau sempena Hari Kesedaran Sivik tahun 1987, “Kesedaran sivik merupakan satu usaha menukar nilai hidup kita atau usaha membentuk sifat yang lebih baik bagi kita. “ Namun kesedaran sivik dalam golongan remaja darsawarsa ini amatlah membimbangkan. Sesungguhnya, kemelut ini memerlukan strategi dan pelaksanaan yang cekap, konsisten dan efektif kerana alang-alang menyeluk pekasam,  biar sampai ke pangkal lengan.

Langkah pertama ialah pengakuan oleh setiap orang daripada kita bahawa kita bersalah dan perlu kita betulkan diri kita. Jika kita suka menunjukkan jari kepada orang lain dan mendesak mereka membetulkan diri mereka, maka usaha ini akan gagal. Sebabnya ialah mereka yang kita tunjuk itu menunjuk pula kepada orang lain atau kepada diri kita sendiri sebagai pihak yang salah yang mesti membetulkan dirinya dahulu. Disebabkan semua pihak menunjuk kepada orang lain dan tidak seorang pun yang mengaku dirinya salah, maka tiada siapa pun yang akan membetulkan dirinya. Maka sudah tentulah usaha untuk membentuk kesedaran sivik ini akan sia-sia seperti hujan jatuh ke pasir.

Pendapat umum ialah usaha membentuk kesedaran sivik ini perlu dimulakan di masa kecil. Kita sedar bahawa jika sesuatu tabiat yang baik telah dipupuk semasa kecil, ia bukan sahaja lebih mudah diamalkan tetapi adalah juga lebih kekal kerana pepatah Melayu pernah berkata, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh hal yang demikian, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah anak remaja mereka. Anak-anak yang sedang melalui fasa remaja dalam kehidupan memerlukan perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dan hal ini hanyalah boleh didapati daripada ibu bapa mereka sendiri.

Selain daripada itu, para pendidik juga memainkan peranan yang vital dalam menyuburkan kesedaran sivik dalam kalangan pelajar dan ini dapat direalisasikan melalui pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraa. Sesetengah pihak berpendapat, pendidikan sivik harus lebih awal didedahkan kepada anak yakni mereka dapat memahami kepentingannya dan menjadi seorang yang cinta kepada masyarakat dan Negara. Namun begitu, Kesedaran sivik tidak boleh diajar dalam bilik darjah sahaja. Ia mesti diajar sepanjang masa. Ini bermakna ibu bapa dan guru-guru terpaksa mengawasi gerak-geri kanak-kanak di bawah jagaan mereka sepanjang masa.

Realitinya, bukan semua remaja di Malaysia tiada kesedaran sivik. Masih terdapat sebahagian anak belia kita yang mempunyai kesedaran tersebut. Hasil dapatan kajian survey Memupuk Kesedaran Sivik Dalam Kalangan Murid Melalui Projek Wartawan Muda oleh Rohizani Yaakub dari Universiti Sains Malaysia mengatakan majority murid bersedia memberikan bantuan untuk menyelesaikan masalah dalam komuniti mereka. Sebanyak 44.4% mengatakan mereka pasti akan meluangkan masa bersama orang tua dan miskin manakala sebanyak 26.7% pasti akan mengumpul dana oleh orang ramai untuk keperluan sosial. Sesungguhnya, sikap inilah kita harus pupuk bukan sahaja dalam diri remaja, termasuk juga dalam diri komponen masyarakat yang lain untuk merealisasikan saranan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yakni melahirkan modal insan kelas pertama.

(483 patah perkataan)

One thought on “Langkah Menyuburkan Kesedaran Sivik dalam Kalangan Remaja.

  1. Pingback: Langkah Menyuburkan Kesedaran Sivik dalam Kalangan Remaja. | ZuliNaMin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s