Karangan Rangsangan: Punca Berlakunya Pencemaran

 

Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 45 minit; 20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang punca-punca berlakunya pencemaran. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PENCEMARAN

–        Bunyi enjin kenderaan dan kilang

–        Pembuangan sisa toksik ke dalam sungai

–        Pembakaran terbuka

–        Pelepasan asap kenderaan

CONTOH KARANGAN

Malaysia mempunyai pencemaran alam sekitar yang sangat tinggi kebanyakannya kerana revolusi baru perindustrian mereka. Mereka tidak sedar bahawa ini boleh menjadi satu masalah yang besar dan cuba untuk mengurangkan ia pada masa hadapan. Untuk mengatasi kemelut ini daripada berlarutan, kita hendaklah menyelidiki masalah ini hingga ke akar umbi.

Antara punca berlakunya pencemaran ialah bunyi enjin kenderaan dan kilang yang akan menyebabkan pencemaran bunyi dan menganggu ketenteraman penduduk setempat. Selain daripada itu, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai akan membawa kepada peningkatan tahap pH di dalam air dan membunuh hidupan akuatik yang menjadikan sungai sebagai habitat mereka.

Dalam masa yang sama, pembakaran terbuka merupakan punca kepada pencemaran udara dan berpotensi meningkatkan Indeks Pencemaran Udara ke tahap yang membahayakan. Akhir sekali, pelepasan asap kenderaan yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti karbon monoksida mampu menyebabkan hujan asid.

Konklusinya, sebuah jaringan kolaborasi hendaklah diwujudkan semua pihak dapat berganding bahu dan menyelesaikan masalah pencemaran yang sudah menjadi isu setelah sekian lama. Ayuh, sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

(165 patah perkataan)

22 thoughts on “Karangan Rangsangan: Punca Berlakunya Pencemaran

    • Hey. I intended to write on SPM Format, Bahasa Melayu, Paper 1. The question I typed up is from the SPM Past Year exercise book. Please check in again with your teacher, and let me know, yeah?
      Thank you for reading and asking.

  1. Assalamualaikum .. Karangan ni Okay 🙂 .. But my suggestion is to make the words between 200-250 .. Utk tu perlu tmbah ayat huraian/contoh .. 🙂 .. Thank You 🙂

  2. hai.boleh saya dapat karangan bahan rangsangan tajuknya punca pencemaran yang tak lebih 120 patah perkataan

Leave a reply to blogkarangan Cancel reply