Karangan Respon Terbuka: Aktiviti-Aktiviti Mengeratkan Hubungan antara Negara

[100 markah]

3. Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan antara negara ke arah keamanan dunia.

PENDAHULUAN

Baru-baru ini, kita digemparkan dengan khabar penerimaan dua ekor beruang panda dari Negara China untuk ditempatkan di Taman Wetlands, Putrajaya. Beruang panda merupakan khazanah dan kebanggaan Negara China memandangkan China merupakan habitat kepada spesis terancam ini. Pemberian ini begitu simbolik dan secara tidak langsung menzahirkan kepercayaan negara China kepada kerajaan Malaysia untuk memelihara dua ekor panda tersebut. Sudah semestinya amanah ini haruslah kita pelihara agar hubungan diplomatic Malaysia-China tidak terjejas. Apakah kepentingan memelihara hubungan dengan Negara-negara jiran yang lain? Ternyata pelbagai kemaslahatan yang dapat kita peroleh antaranya dapat menyumbangkan kepada keamanan dunia, selain mengukuhkan hubungan ekonomi memandangkan ekonomi antarabangsa saling melengkapi antara satu sama lain. Malaysia merupakan antara Negara yang bergiat aktif dalam usaha mengukuhkan hubungan antarabangsa. Misalnya, Malaysia merupakan ahli aktif dalam Pertubuhan ASEAN, UNICEF dan mewujudkan jaringan kolaborasi antara Negara jiran seperti Segi Tiga Emas: Indonesia, Malaysia dan Thailand (IMT-GT). Malaysia telah mengatur pelbagai strategi yang konkrit dan sistematik untuk mengeratkan hubungan antara Negara-negara jiran.

 

CONTOH ISI

1)     Perkongsian Budaya antara Negara

–        Baru baru ini, Festival Makanan, Kraf Tangan dan Budaya Indonesia buat julung kalinya diadakan di Pulau Pinang dengan matlamat untuk mendedahkah budaya tradisi Negara jiran tersebut di Malaysia.

–        Pulau Pinang sememangnya giat berusaha dalam mempromosikan aktivit-aktviti yang berkaitan dengan kebudayaan.

–        Festival sebegini mengukuhkan lagi strategi Malaysia untuk mewujudkan Pulau Pinang sebagai bandaraya antarabangsa yang meletakkan pembangunan social dan kebudayan sebagai elemen penting.

–        Misalnya, kerajaan negeri Pulau Pinang berganding bahu dengan Konsul Jeneral Negara Jepun untuk menganjurkan Pesta Bon Odori juga di Pulau Pinang Julai ini. Program kebudayaan menjadi komponen penting dalam mengeratkan hubungan di antara rakyat Negara-negara jiran melalui perkongsian budaya.

–        Hasil hubungan kerjasama antara Konsul-Jeneral Negara lain dapat menyempurnakan hubungan akrab serantau.

 

2)     Sukan

–        Penyertaan setiap Negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa memang tidak dapat dinafikan dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia.

–        Antara pertandingan sukan yang diadakan ialah Sukan SEA, Sukan Komanwel dan Sukan Olimpik.

–        Banyak kelebihan yang kita peroleh lebih-lebih lagi apabila kita menjadi tuan rumah kepada pertandingan sukan antarabangsa.

–        Ibu Negara kita, Kuala Lumpur, telah diberi peluang untuk menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 ternyata menunjukkan bahawa Malaysia boleh berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan Negara berprestij lain.

–        Dengan berbekalkan moto “Bersama-sama kita gemilangkannya”, secara tidak langsung semangat kesukanan para kontinjen Sukan Komanwel dapat menyatukan Negara-negara meskipun berlainan agama, bahasa, bangsa dan warna kulit.

–        Nama Negara dapat dinaikkan supaya dikenali dan gah di mata dunia selain memainkan peranan dalam usaha mengeratkan hubungan masyarakat dunia melalui sukan.

–        Tuntasnya, penyertaan pelbagai Negara dalam pertandingan sukan dapat mewujudkan suatu jaringan komunikasi yang baik merentas sempadan.

 

3)     Kerjasama dalam peningkatan pertahanan Negara

–        Malaysia boleh mengembleng tenaga dengan Negara luar yang mempunyai teknologi lebih canggih dalam system pertahanan mereka sebagai satu strategi untuk meningkatkan benteng pertahanan Negara.

–        Misalnya, penguatkuasaan Maritim Negara telah berganding bahu dengan Filipina untuk menjayakan Operasi Phillipine-Malaysia (PHIMAL) yang bermatlamat untuk mencegah aktiviti-aktiviti pelanggaran undang-undang maritim di persempadanan perairan Malaysia-Filipina di Laut Sulu. 

–        Jenis-jenis jenayah di kawasan ini adalah penahanan tebusan, rompakan, penyeludupan dadah, senjata dan pemerdagangan orang, PATI, kecurian khazanah laut, aktiviti pengeboman ikan oleh nelayan dan pencemaran alam sekitar. 

–         Operasi ini dilaksanakan sekali setiap tahun.

–        Secara tidak langsung, hubungan Malaysia dengan Negara kolonisasi Sepanyol ini dapat dieratkan melalui kerjasama pertahanan yang dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua Negara tersebut.

Selain daripada kawalan perairan, Malaysia juga telah bekerjasama dengan Russia dalam pembelian senjata untuk meningkatkan pertahanan Negara. Malaysia telah membeli 18 pesawat Sukhoi-30MKI buatan Rusia pada 2003.[1]

–        Ternyata kerjasama dalam peningkatan sekuriti Negara membuahkan hasil kepada kedua-dua buah Negara, bukan hanya berat sebelah sahaja.

 

4)     Lawatan Rasmi

–        Lawatan Rasmi merupakan lawatan yang dilaksanakan oleh pemerintah sesebuah Negara untuk melakukan perjumpaan rasmi dengan pemerintah Negara yang dilawati.

–        Malaysia merupakan Negara yang seringkali mengadakan lawatan rasmi ke Negara lain.

–        Pada tahun 2005 Yang di-Pertuan Agong (Raja) Sirajuddin Perlis Malaysia dan Raja Permaisuri Agong (Permaisuri) Tengku Fauziah Perlis melawat Sweden.

–        Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim dari Kedah mengadakan lawatan negara ke UK pada Julai 1974.[1] Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah dari Perak pula mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom pada November 1993.[1]

–        Ternyata pemerintah Negara begitu menitikberatkan hubungan tanah air dengan Negara luar demi menjamin keamanan dan kesejahteraan dunia melalui mewujudkan jaringan komunikasi yang sistematik antarabangsa.

 

5)     Pemindahan Teknologi

–        Negara kita melakukan kerjasama ekonomi dalam bentuk usaha sama antara syarikat multinasional asing dengan syarikat tempatan.

–        Contonya, projek usaha sama industri automobile antara Mitsubishi Corporation dari Jepun dengan Proton dan Kia Motors dari Korea Selatan dengan NAZA Motors Malaysia.

–        Kerjasama ini menyebabkan syarikat tempatan mendapat faedah pemindahan teknologi pembuatan kereta daripada Negara maju berkenaan.

–        Baru-baru ini, sebuah syarikat elektronik terkemuka Jepun telah memberi hak kepada Malaysia untuk menghasilkan dan memasarkan mikrocip termaju di dunia yang dikenali sebagai ‘MM Chip’ mulai tahun depan.

–        Syarikat Jepun tersebut memilih untuk menghasilkan mikrocip tersebut di Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad yang begitu menghargai kemajuan dunia teknologi maklumat.

–        Keadaan ini membolehkan perkembangan inovasi serta penciptaan teknologi baru oleh syarikat tempatan di samping meningkatkan hubungan diplomatic antara Negara melalui kerjasama ekonomi.

 

PENUTUP

Berdasarkan pelbagai fakta yang telah dikemukakan, ternyata dapatlah kita simpulkan bahawa hubungan antara Negara luar merupakan komponen penting dalam pembangunan Negara. Jika sesebuah Negara itu maju namun tidak mempunyai hubungan baik dengan Negara luar, ibarat rumah tanpa tiang untuk menyokong keutuhan rumah tersebut. Kita sewajarnya menjadikan kata-kata hikmat “bersekutu bertambah mutu” sebagai azimat. Untuk merealisasikan wawasan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad iaitu Wawasan 2020, jaringan kerjasama Malaysia dengan Negara luar haruslah dipelihara untuk manfaat masyarakat sarwajagat.

 

(946 patah perkataan)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s