(Latihan) Bahagian D: Novel – Latar Masyarakat dalam novel Tingkatan 1

*diambil dari Kertas Model i-Fokus Bahasa Malaysia*

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1.

(iv) Limpahan Darah di Sungai Semur karya Zakaria Salleh

Latar masyarakat sering dipaparkan dalam novel.

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, nyatakan tiga latar masyarakat serta contoh peristiwa yang menggambarkan latar masyarakat tersebut.

RANGKA JAWAPAN

1) Masyarakat yang menyayangi keluarga

2) Masyarakat yang bekerjasama

3) Masyarakat tentera

4) Masyarakat penjajah

CONTOH JAWAPAN

Berdasarkan novel ‘Limpahan Darah di Sungai Semur’ karya Zakaria Salleh, antara latar masyarakat yang dipaparkan dalam novel ialah masyarakat yang menyayangi keluarga. Latar masyarakat ini jelas ditunjukkan apabila ibu Jamaluddin, Jamaayah menyayangi anaknya dan melarang Jamaluddin menyertai tentera kerana bimbang akan keselamatan anaknya.

Latar masyarakat yang seterusnya ialah masyarakat yang bekerjasama. Jamaluddin dan rakan-rakan tentera seperjuangannya bekerjasama menentang musuh dan mematuhi arahan ketua.

Selain itu, masyarakat tentera juga dipaparkan dalam novel ini. Masyarakat tentera ialah masyarakat yang tinggal di kem-kem tentera. Mereka juga ialah masyarakat  yang berani, tabah dan sanggup berkorban untuk negara.

Masyarakat penjajah juga antara latar masyarakat dalam novel ini. Penjajah Jepun, Inggeris dan pengganas komunis sentiasa mengancam keselamat penduduk Tanah Melayu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s