(Latihan) Bahagian D : Novel

*diambil dari Kertas Model i-Fokus: Bahasa Malaysia*

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 2 dan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

(i) Timulak Kapal Perang karya Azmah Nordin

(ii) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh

Berdasarkan dua buah novel di atas, huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam setiap novel tersebut.

RANGKA JAWAPAN

1) Timulak Kapal Perang

* Patriotik – Andayu & rakan-rakan sertai pasukan keamanan secara sukarela

*Kegigihan – Andayu & rakan-rakan gigih berlatih ilmu persilatan

2) Ekspedisi

* Berani – Hadi & rakan-rakan berani berekspedisi mendaki Gunung Itik (kws hutan yang ada : binatang buas & berbisa, mendaki & menuruni gunung yang curam, dipenuh batu berceracakan)

*Yakin diri – Hadi yakin Cikgu Murad tidak bersalah walau dituduh Pak Salleh

CONTOH JAWAPAN

Berdasarkan novel ‘Timulak Kapal Perang’ karya Azmah Nordin, antara nilai murni yang dapat dikupas daripada novel tersebut ialah patriotisme. Nilai ini jelas ditunjukkan apabila Andayu dan rakan-rakannya menyertai pasukan keamanan Paduka Mat Salleh secara sukarela demi mempertahankan tanah air daripada ancaman Inggeris. Nilai murni yang seterusnya ialah kegigihan. Andayu dan rakan-rakannya gigih berlatih ilmu persilatan untuk mempertahankan diri daripada sebarang ancaman musuh.

Berdasarkan novel ‘Ekspedisi’ karya Mohd Ghazali Tocheh, antara nilai murni yang dapat diambil daripada novel tersebut ialah berani. Hadi dan rakan-rakannya merupakan sekumpulan remaja yang berani berekspedisi mendaki Gunung Itik yang berbahaya iaitu kawasan hutan yang ada binatang buas dan berbisa, mendaki dan menuruni gunung yang curam dan dipenuhi batu berceracakan. Nilai yang seterusnya ialah yakin diri. Nilai ini jelas ditunjukkan apabila Hadi tetap yakin Cikgu Murad tidak bersalah walaupun Pak Salleh tidak sudah-sudah menuduhnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s