Percubaan PMR Pahang: Bahagian D (Novel)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

iv) Ekspedisi, karya Mohd Ghazali Tocheh

Berdasarkan satu daripada novel di atas, kemukakan tiga pengajaran dan huraikan peristiwa yang berkaitan dengan pengajaran yang diberi.

RANGKA KARANGAN

1) Kita hendaklah mentaati perintah Allah.

2) Kita haruslah  bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain.

3) Kita jangan mudah berprasangka atau terburu-buru membuat tuduhan.

CONTOH KARANGAN

Berdasarkan novel Ekspedisi karya Mohd Chazali Tocheh, terdapat tiga pengajaran yang boleh dikupas daripada novel tersebut. Antaranya ialah, kita haruslah mentaati perintah Allah. Pengajaran ini jelas ditunjukkan ketika Hadi bersama anggota ekspedisi yang beragama Islam selalu menunaikan solat berjemaah. Walaupun mereka berada di dalam hutan, namun mereka masih menunaikan perintah Allah dengan rajin dan sempurna.

Selain itu, kita haruslah bekerjasama dan tolong-menolong antara satu sama lain walaupun berbilang bangsa. Hadi bersama anggota ekspedisi yang lain iaitu Zarul, Salim, Nazri, Sen Nam, Surindran, Ban Lee dan Shanta dapat bekerjasama sepanjang ekspedisi tersebut.

Pengajaran yang terakhir ialah kita seharusnya jangan mudah berprasangka atau terburu-buru membuat tuduhan. Pak Salleh telah menuduh Cikgu Murad telah terlibat dalam sindiket merompak jongkong emas hanya kerana muka Cikgu Murad mirip penjenayah tersebut. Di akhir cerita, terbukti bahawa Cikgu Murad bukanlah penjenayah seperti yang diuar-uarkan oleh Pak Salleh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s