Percubaan PMR Pahang : Bahagian C (Karangan Umum)

Soalan 2:

Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam usaha membentuk keluarga bahagia. Berikan pendapat anda.

RANGKA KARANGAN

Pendapat: SETUJU

Skop Pilihan: Cara-cara Mewujudkan Keluarga Bahagia

1) Sistem komunikasi yang baik antara ahli keluarga

2) Didikan agama dan sahsiah oleh ibu bapa

3) Ibu bapa sewajarnya memberi nasihat dan teguran sekiranya anak-anak melakukan kesilapan

4) Ibu bapa sewajarnya memberi dorongan dan galakan kepada anak-anak ke arah kebaikan

CONTOH KARANGAN

Setiap ahli keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam usaha membentuk sebuah keluarga bahagia. Saya bersetuju dengan pernyataan di atas kerana sebuah keluarga bahagia hanyalah dapat diwujudkan sekiranya setiap anggota keluarga menjalankan obligasinya dengan baik. Sekiranya salah seorang anggota keluarga tidak memainkan peranannya, maka institusi keluarga akan runtuh dan semua pihak turut merasai tempiasnya. Secara tidak langsung, hal ini juga berpotensi menyebabkan keruntuhan akhlak dalam diri anak-anak. Oleh itu, kita haruslah meneliti dan mengambil langkah-langkah untuk mewujudkan sebuah keluarga bahagia.

Mari kita luaskan takrifan minda kita kepada perkara yang pertama iaitu peranan komunikasi dalam membentuk sebuah keluarga bahagia. Sebuah keluarga yang saling menyayangi hanya dapat diwujudkan melalui sistem komunikasi yang baik antara anggota keluarga. Apabila anggota keluarga mampu bertoleransi antara satu sama lain makan institusi keluarga akan menjadi lebih kukuh. Misalnya, ibu bapa haruslah memberi ruang untuk anak-anak menyuarakan pendapat mereka. Secara tidak langsung, hal tersebut merupakan suatu cara untuk menzahirkan apresiasi kepada anak-anak.

Mari kita fokuskan skop pemikiran kita kepada perkara seterusnya iaitu didikan agama dan moral mampu membentuk sebuah keluarga bahagia. Ibu bapa berperanan mendidik dan membimbing anak-anak mereka supaya menjadi insan yang mulia kelak. Obligasi tersebut haruslah dilaksanakan dengan penuh hikmah dan dedikasi. Kita sudah maklum bahawa pendidikan sahsiah bukanlah suatu mata pelajaran yang boleh dipelajari di sekolah. Oleh itu, anak-anak seharusnya dididik sejak kecil persis pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sementelahan itu, ibu bapa sewajarnya memberi dorongan dan galakan kepada anak-anak. Mengapa? Anak-anak akan berasa diri mereka lebih dihargai dan disayangi. Tamsilnya, ibu bapa haruslah memberi dorongan dan semangat kepada anaknya yang bakal menyertai pertandingan melalui kata-kata semangat. Namun begitu, dorongan dan galakan haruslah diberi ke arah kebaikan dan bukan ke arah keburukan.

Mari kita lensakan skop pemikiran kita kepada perkara yang terakhir iaitu ibu bapa sewajarnya memberi nasihat dan teguran sekiranyan anak-anak mereka melakukan kesalahan. Mengapa? Anak-anak seharusnya diberi teguran dan nasihat untuk mengelakkan kesilapan berulang lagi. Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mewarnakannya. Ibu bapa yang sudah lama makan garam hendaklah memberi nasihat atau teguran dengan cara berhemah dan lembut yang bersesuaian dengan keadaan. Anak-anak pula seharusnya menerima nasihat atau teguran tersebut dengan hati yang terbuka dan bukan seperti mencurahkan air ke daun keladi.

Untuk menggulungkan segala yang diperkatakan di atas, suatu jaringan kolaborasi hendaklah diwujudkan antara ahli keluarga. Dengan cara ini, institusi keluarga akan menjadi lebih utuh. Segala pertikaian dalam keluarga dapat diselesaikan jua ibarat air dicencang tidak akan putus.

7 thoughts on “Percubaan PMR Pahang : Bahagian C (Karangan Umum)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s