Karangan Rangsangan Bergambar SPM: Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan

Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 45 minit; 20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang kepentingan menyambut Hari Kemerdekaan kepada negara. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KEPENTINGAN MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN

- Memperhebat jati diri rakyat Malaysia

- Menyatukan rakyat Malaysia

- Menzahirkan apresiasi kepada tokoh pejuang

- Dorongan kepada generasi kini

 

 

CONTOH KARANGAN

Setelah dijajah selama 446 tahun lamanya, sudah semestinya kemerdekaan yang dikecapi dapat memberikan nafas lega kepada rakyat sarwajagat. Asal-usul Istilah “Merdeka” ditakrifkan daripada bahasa Sanskrit iaitu Maharddhika yang membawa makna “kekayaan, keagungan dan kekuasaan”. Secara amnya, Kemerdekaan ialah pemerintahan sendiri oleh penduduk-penduduk sebuah negara yang secara amnya menuntut kedaulatan. Sesetengah pihak mungkin memandang enteng terhadap perkara ini namun terdapat pelbagai kemaslahatan menyambut hari kemerdekaan tanah air.

Antara kepentingan menyambut hari kemerdekaan Negara ialah dapat memperhebat jati diri rakyat Malaysia agar menghargai kemerdekaan yang telah dikecapi. Semangat patriotik haruslah disemai dalam diri supaya dapat mempertahankan kedaulatan Negara kelak.

Dalam masa yang sama, sambutan kemerdekaan secara tidak langsung dapat menyatukan rakyat seantero tanah air sebagai satu bangsa yang merdeka. Sesungguhnya semangat perpaduanlah yang menjadi tonggak kepada segala kejayaan yang boleh kita lihat pada hari ini.

Tambahan pula, dapat menzahirkan apresiasi kepada tokoh pejuang silam yang komited dalam usaha Malaysia menuju kemerdekaan. Kita haruslah hargai dan kagumi semangat tokoh pejuang yang sanggup bergadai nyawa demi mempertahankan hak anak cucu mereka di Negara mereka sendiri.

Kepentingan yang seterusnya pula adalah sebagai suatu dorongan kepada generasi kini untuk menggerakkan Malaysia lebih maju ke hadapan. Siapalah yang akan menyongsong Malaysia mengikuti arus kemajuan kini kalau bukan anak watan kita sendiri.

Kesimpulannya, sambutan hari kemerdekaan tanah air penting dan memanfaatkan semua pihak. Adakah kita mahukan masyarakat Malaysia masa depan yang berpecah-belah dan tiada jati diri? Ayuh, sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.

(238 patah perkataan)

About these ads

8 thoughts on “Karangan Rangsangan Bergambar SPM: Kepentingan Menyambut Hari Kemerdekaan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s