Karangan Rangsangan Bergambar SPM: Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang

Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 45 minit; 20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri murid cemerlang. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

CIRI-CIRI MURID CEMERLANG

-        Akademik

-        Kepimpinan

-        Kecergasan

-        Berdisiplin

CONTOH KARANGAN

Sesiapa sahaja boleh menjadi seorang murid cemerlang, tetapi seorang murid cemerlang bukan sebarangan orang. Seorang murid cemerlang dilihat mempunyai prestasi dan reputasi yang baik dalam pelbagai aspek. Terdapat pelbagai kriteria yang dapat kita lihat dan contohi daripada seorang pelajar cemerlang.

Pertama sekali, seorang pelajar cemerlang mestilah mempunyai prestasi yang mengagumkan dalam akademik. Hal ini kerana, kita sewajarnya mementingkan akademik daripada perkara lain memandangkan kita menyandang tanggungjawab sebagai seorang pelajar. Selain daripada itu, pelajar cemerlang juga berkebolehan dalam kepimpinan. Pelajar cemerlang memiliki karisma yang membolehkan dia menonjol dalam kalangan pelajar lain.

Kecergasan juga antara aspek penting dalam diri seorang pelajar cemerlang. Apabila badan cergas maka minda pun cerdas menjadikan ia suatu kelebihan kepada pelajar. Dalam masa yang sama, seorang pelajar cemerlang merupakan seorang yang berdisiplin di sekolah. Pelajar yang cemerlang mengikuti peraturan sekolah dengan baik dan juga menghormati dan bersopan ketika berhadapan dengan guru.

Perspektif klise warga sekolah ialah murid cemerlang terlalu jarang dilihat kini, diibaratkan sebutir mutiara di lautan. Sesungguhnya, jika kita gilapkan semua pelajar nescaya lebih banyak mutiara dapat dihasilkan. Kesimpulannya, kita seharusnya sentiasa membaiki kelemahan diri dan meningkatkan kebolehan diri supaya kita menjadi seorang yang hebat kelak.

(230 patah perkataan)

About these ads

One thought on “Karangan Rangsangan Bergambar SPM: Ciri-Ciri Pelajar Cemerlang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s