Karangan Rangsangan Bergambar SPM: Kesan Buruk Obesiti

Bahagian B [Masa yang dicadangkan: 45 minit; 20 markah]

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan buruk yang akan dihadapi oleh seseorang yang menghadapi masalah obesiti. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

KESAN-KESAN OBESITI

- Aktiviti bersukan terhad

- Kurang produktif

- Perbelanjaan meningkat

- Terdedah kepada penyakit kronik

CONTOH JAWAPAN

Obesiti merupakan sejenis penyakit nutrisi. Statistik menunjukkan obesiti di kalangan orang dewasa di Negara ini meningkat mendadak 250 peratus dalam tempoh 10 tahun. Percaya atau tidak, penyakit obesiti kian membimbangkan di kalangan rakyat Negara ini. Sesetengah pihak mungkin memandang enteng terhadap perkara ini namun pelbagai implikasi negatif berpunca daripada obesiti.

Antara kesan-kesan buruk yang akan dihadapi oleh seseorang yang menghadapi masalah obesiti ialah aktiviti bersukan terhad. Orang yang duduk bekerja sehari-harian akan mengalami penurunan metabolisme tubuhnya. Obesiti membuatkan aktiviti sukan menjadi sangat sukar dan kurang dinikmati dan kurangnya sukan secara tidak langsung akan mempengaruhi turunnya metabolisme tubuh individu tersebut. Selain itu, mereka yang  menghidap obesiti akan berisiko terdedah kepada penyakit kronik. Penyakit serius seperti serangan jantung, penyakit darah tinggi, diabetes dan barah buah pinggang sukar diubati malah rawatannya memakan kos yang tinggi, walaupun di hospital kerajaan.

Seseorang penghidap obesiti juga akan menjadi kurang produktif. Hal ini demikian kerana masalah kegemukan akan menjadi faktor susah untuk bergerak, secara langsung pelbagai tugas fizikal tidak dapat dilaksanakan lalu membawa kepada paras produktiviti yang tidak memuaskan. Di samping itu,  perbelanjaan akan meningkat kerana seseorang penghidap obesiti akan mempunyai nafsu makan yang abnormal. Mereka akan cenderung untuk berbelanja besar semata-mata untuk membeli makanan.

Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan Negara ASEAN dan kedudukan keenam di rantau Asia Pasifik yang berhadapan masalah obesiti penduduk. Adakah kita mahukan masyarakat Malaysia masa depan yang bulat, boroi dan kurang produktif? Ayuh, sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Sesungguhnya, mencegah lebih baik daripada merawat.

(247 patah perkataan)

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s