Persediaan PMR: Kepentingan Industri Kraf Tangan

IDEA KARANGAN

1. Dapat menjadi sumber tambahan bagi menambahkan pendapatan penduduk desa.

2. Dapat mempelbagaikan sumber ekonomi yang sedia ada di negara ini.

3. Membentuk masyarakat yang kreatif, inovatif serta mempunyai semangat daya yang tinggi.

4. Memperbanyak peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat khususnya penduduk desa.

5. Mengekalkan warisan dan budaya Melayu serta menyemai perasaan cinta akan budaya Melayu.

 

CONTOH KARANGAN

Industri kraf tangan bukanlah antara kegiatan ekonomi gergasi di Malaysia. Hal ini menyebabkan industri kraf tangan negara kian lenyap ditelan zaman. Mengapakah keadaan ini berlaku? Sesetengah berpendapat bahawa kurangnya perhatian kerajaan terhadap industri ini menjadikan masalah ini berlarutan. Kurangnya pengusaha-pengusaha muda juga menyumbang kepada isu ini. Oleh itu, orang ramai seharusnya sedar akan kepentingan industri ini meskipun industri ini berskala kecil.

Mari kita fokuskan minda kita kepada perkara yang pertama iaitu industri kraf tangan dapat menjadi sumber kewangan kepada penduduk luar bandar. Seperti mana yang kita sudah sedia maklum, terdapat jurang ekonomi yang besar antara penduduk bandar dan penduduk luar bandar. Kegiatan industri kraf tangan pula sering dijalankan oleh penduduk luar bandar. Apabila penduduk luar bandar mula menceburi bidang ini, maka penduduk luar bandar dapat  menjual produk ini dan mendapat keuntungan yang berlipat-ganda.

Mari kita lensakan skop pemikiran kita kepada perkara yang seterusnya iaitu kehadiran industri kraf tangan dapat mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang terdapat dalam negara. Industri kraf tangan bukanlah industri yang setanding dengan industri pertanian atau pelancongan. Namun, jika hasil industri kraf tangan dieksport ke luar negara, hal ini bukan sahaja dapat meningkatkan hasil pendapatan negara, malah dapat menjadi suatu keunikan di Malaysia.

Sementelahan itu, industri kraf tangan juga dapat membentuk masyarakat yang kreatif, inovatif dan mempunyai daya semangat yang tinggi. Hal ini kerana persaingan dalam industri kraf tangan amat sengit. Sesebuah hasil kraf tangan hendaklah mempunyai nilai komersial dan reka bentuk yang mampu menarik perhatian pembeli. Untuk menjadi pengusaha yang terbaik, maka pengusaha tersebut haruslah mempunyai kualiti seperti kreatif dan mampu berdaya saing.

Mari kita luaskan takrifan minda kita kepada perkara yang seterusnya iaitu industri kraf tangan dapat memperbanyak peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat khususnya masyarakat desa. Tenaga kerja sememangnya diperlukan bagi menghasilkan kraf tangan yang diperlukan bagi meningkatkan kadar pengeluarannya. Kraf tangan membuka peluang kepada para remaja serta belia untuk mengenali kraf tangan secara lebih mendalam melalui berbagai-bagai peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang ini. Selain itu, tenaga kerja yang terlatih juga diperlukan bagi berkongsi ilmu tentang penghasilan sesuatu produk kraf tangan. Hal ini dapat mewujudkan peluang bagi mereka yang hanya berkemahiran dalam bidang tersebut khususnya penduduk desa yang kebanyakannya hanya memperoleh kemahiran yang diturunkan oleh generasi terdahulu.

Ayuh kita maju ke hadapan dengan perkara yang terakhir iaitu industri kraf tangan dapat mengekalkan warisan dan budaya Melayu serta menyemai perasaan cinta akan budaya Melayu dalam kalangan masyarakat. Arus pemodenan telah menenggelamkan budaya tradisional masyarakat Melayu dalam diri remaja pada masa kini. Oleh itu, peluang haruslah diberi kepada setiap lapisan masyarakat untuk mengenali warisan dan budaya tersebut melalui konsep rekaan sesuatu kraf tangan yang menggunakan bahan tempatan sebagai ramuan utama. Budaya masyarakat Melayu juga dapat dipromosikan kepada negara-negara luar kerana kraf tangan itu sendiri sudah melambangkan identiti negara yang masih mengekalkan warisan unik secara turun-temurun.

Konklusinya, suatu jaringan kolaborasi haruslah diwujudkan untuk memajukan industri kraf tangan negara.

About these ads

2 thoughts on “Persediaan PMR: Kepentingan Industri Kraf Tangan

  1. Your points are enough and very good. But your elaborations of essay are quite short. You have the idea but you kind of lack of verbs. I have to admit that your vocabs are bombastic. Thanks a lot for the points. I wish you can elaborate more. It just some advice since you are a potential writer.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s