Percubaan PMR Kelantan: Bahagian B (Karangan Rangsangan)

Soalan:

Berdasarkan gambar di bawah, huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan buruk yang akan dihadapi oleh seseorang yang menghadapi masalah obesiti. Panjangnya huraian anda tidak melebihi 120 patah perkataan.

KESAN-KESAN OBESITIĀ 

* Terdedah kepada penyakit kronik

* Aktiviti bersukan terhad

* Perbelanjaan meningkat

* Kurang produktif

CONTOH KARANGAN

Masalah obesiti bukanlah suatu isu yang asing di Malaysia. Namun masalah ini kian membimbangkan pelbagai pihak. Kesan buruk obesiti hendaklah dikaji untuk mengelakkan isu ini daripada berlarutan.

Kesan buruk obesiti yang pertama ialah penghidap obesiti akan terdedah kepada pelbagai penyakit kronik. Hal ini demikian kerana pengambilan makanan yang tidak berkhasiat akan menjejaskan sistem imun badan. Selain itu, penghidap obesiti akan menjalani aktiviti sukan yang terhad disebabkan kesihatan fizikal yang lemah.

Perbelanjaan seorang penghidap obesiti akan meningkat. Hal ini kerana kebanyakan duit si penghidap akan dibelanjakan untuk membeli makanan. Penghidap obesiti juga akan menjadi kurang produktif kerana mereka tidak berupaya untuk melakukan pelbagai kerja.

Konklusinya, kita haruslah menjaga kesihatan untuk menghindarkan diri daripada obesiti.

(113 patah perkataan)

About these ads

10 thoughts on “Percubaan PMR Kelantan: Bahagian B (Karangan Rangsangan)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s